Tuesday, June 2, 2009

Kereta Polis

Assalamu'alaikum

Lamaaa x update. Banyakkk cerita tapi ala-ala tiada masa gitu nak menaip di sini..hehe.

Aku dah start rasa serabut pulak dengan keje. Bila SPA nk paggil interview ni. Cheewahh.. macam la kalau keje gomen nanti otak tak serabut.. iye..iye je.. :p. Tapi memang rasa rimas sikit. Tahap kesihtan pun kurang memuaskan 2-3 mgg ni. 2 mgg lepas baru MC. Rasa nak MC lagi. Sakit kepala la..huhu. Badan pun demam sejuk ni.

Nak cerita pasal kereta peronda polis yang baru. Tadi terrnampak kat gerai makan belakang Istana Budaya. Nampak sporty pulak..(mata aku la).. Mitsubishi Evolution kata suamiku..aku tak pandai la bab kereta. Kereta Proton aku kenal la..haha.. Banyak buah juga polis pakaikan..alasannya sebab penjenayah sekarang pakai kereta lagi power daripada kereta polis. Tak terkejar polis para penjenayah itu..

Bacalah sini. Kelakar baca posting budak ni. Gambar pun ada.

OKlah..nak layan sakit kepala..uhu..nk titun

Monday, April 20, 2009

Adobe Photoshop

Assalamu'alaikum

Aku sekarang ni dah kembali musim melayan photoshop. Memang daripada zaman study dulu suka benar godek² photoshop ni. Tapi sesudah berumah tangga dan mempunyai anak ni, masa agak terhad untuk diperuntukkan melayan minat ni. Bila start mengadap bukan boleh sejam dua, tak lengkap hasil. Nak juga punya pasal, skali mengadap boleh la dapat 2-3 layer..OKlah daripada tak terhasil layer lagsung dak...hehe.

Semalam ke Pesta Buku Antarabangsa 2009 di PWTC. Tak habis berjalan pun..dengan 'Umair yang kebocoran sebab Ummu 'Umair lupa nak cek dan ganti Huggies dia yang dah penuh tu..huhu. Leka membelek buku..hmm. Beli la satu buku Photoshop bahasa melayu. Tolak diskaun dapat la +-RM31. Nak beli yang terbitan overseas mahai bebeno..semput duit sekarang ni nak membelinya.

Semalam pulak Abu 'Umair terperasan buku khas Majaah PC tentang Koleksi Teknik Photoshop Majalah PC. Apalagi, beli la..98 mukasurat je, RM10. Baru selak-selak, nampak menarik. Harap ada masa untuk mempraktikkannya. Ada projek nak buat ni, menambah pendapatan. Harap Allah permudahkan segalanya. Ameenn..

Kalau korang rajin n minat Photoshop, dan dalam proses mengajar aka belum terror tahap tak terror aku ni, boleh la dapatkan Majalah PC di kedai runcit (tu pun kalau kedai tu jual majalah la..).

OK, kalau ada hasilnya nanti, I'll show off here..ekeke..

Wassalam.

Tuesday, March 17, 2009

Pancit

Assalamu'alaikum

Sungguh tidak kuduga akan mengalami pengalaman tayar moto pancit. Tapi moto suami la, dan suami yag menunggangnya. Aku pembonceng cuma..

Lewat petang semalam, dalam renyai-renyai hujan, kami meredah seperti biasa dari office ku menuju ke Gombak lah. Moto yang OK sebelum tu tiba-tiba di bulatan Bank Negara tu pancit habis. Memang tak boleh nak bawa..dah lari arah..nak ke depan, tapi arah jadi senget ke kiri. ada sebiji MPV hampir nak terlanggar kami, syukur tiada apa-apa berlaku sebab jammed di situ, makanya kereta tak berapa laju.

Maka turunlah aku berjalan merentasi roundabout tu sementara suamiku pelan-pelan menunggang motosikal sehingga di depan pintu pagar Bank Negara. Lega sebab di tiang elektrik berhampiran terdapat banyak iklan taya pancit/tukar tiub. So aku called lah salah satu nombor di situ. Janjinya 20 minit sampai, lps menanti 10 minit, berhenti seorang lelaki India yang sedang menunggang motosikal. Dia juga menyediakan servis menukar tiub. Takut yang dinanti tak kunjung tiba, aku lalu menelefon nombor pertama tadi. Huh..dia siap boleh minta aku call nombor yang lain pulak. Kenapa la tak call bagitau kalau tak boleh nak datang. Kesian kami yang menunggu. Nasib baik la Mr Gopal tu lalu. Kalau tak bertinggung lama la kami di tepi jalan tu dalam kesejukkan..huhu.

OKlah tu..RM28 je. Dekat 8:30 malam baru sampai rumah. Sebelum tu ambil 'Umair dulu. Sian dia.. Letih betul kami semalam..

Sekian cerita..eheh.

Thursday, March 12, 2009

Mengusutkan fikiran

Assalamu'alaikum

Semenjak 2 menjak ni tak putus-putus memikirkan macam mana nak jadi senang. Hmm..bukan senang nak jadi senang, tapi tidaklah susah untuk mendapat susah.

Berfikir dan terus berfikir..nampaknya jalan yang ada memang bukan jalan yang singkat. Kecualilah nasib korang baik. Menang peraduan Power Root ke..Petronas ke..kan..yang hadiah wang tunai nya sangat lah best.

Kesimpulannya semuanya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Tension betul tatkala memikirkan bab ni. Kadang-kadang macam terlupa nak bersyukur di atas segala nikmat yang sedang dikecapi ni. Rasa diri susah, tak boleh goyang kaki, tak boleh nak menyimpan/membeli aset disebabkan hutang yang belum dilangsaikan..hmm. Suami cakap kalau tak fikir takde lah tension..so tak payah fikir..eheh.

Tak tahu la kenapa asyik nak berfikir tentang kesenangan. Fitrah manusia barangkali..kan? kaya belum tentu bahagia pun. Bahagia itu pun sesuatu yang subjektif. Orang kata kita bahagia, tapi kita tak rasa macamtu pun. Ada orang yang fikir kita menderita, padahal kita dah cukup bahagia. Mungkin juga kebahagian itu banyak bergantung kepada bagaimana kita menghadapi dan menikmati kehidupan kita.

Apa yang penting bagi kita sebagai hamba Allah ni, biar dalam keadaan hidup yang macam mana pun, senang atau susah, bahagia atau menderita, sihat atau sakit, apa yang kita dambakan adalah keredhaan Allah juga. Kita rasa bahagia, sihat, senang hati, kaya-raya, tapi Allah tak redha, bersenanglah seketika di dunia ini..dan kemudian menderita lah pulak di alam abadi.

Bila masa-masa kusut otak fikir nak jadi kaya, selalu ingatkan diri tentang ayat-ayat di atas. tapi kemudian tetap terfikir juga.. nak buat camno tu..?hehe..
Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil 'akhirati hasanah, waqina 'adhaban-nar
Ya Allah, aku harap dapat hidup senang, tenang perasaan, tak kusut fikiran, tak banyak masalah, mampu hadapi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang. Mampu meyumbang sesuatu di jalanMu. Yang penting Engkau redha dengan setiap apa yang aku lakukan. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur Ya Allah.

Ameen..Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, February 10, 2009

Pembukaan kedai online

Assalamu'alaikum

Mengumumkan pembukaan kedai online. Baru nak mula. Produk baru ada 1. InsyaAllah produk-produk lain bakal menyusul. Harap kawan-kawan memberikan sokongan.

Silalah melawat ke http://kedai-macam-macam.blogspot.com/
Kalau berkenan boleh lah contact ye.

Wassalam.

Friday, February 6, 2009

Menyelesaikan TAG

Assalamu'alaikum

Disebabkan dah lama tak update blog ni, maka saya settlekan la segala mak 'tag' oleh kak Yu. Dah 2x ditag. Jawab sekali harung la.

Tag 1:

1.Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?

Nehi he.. tak mungkin perkara itu berlaku..so tak payah perah otak nak jawab..nge..

2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?
Beribadat..bertaubat dengan Allah, minta maaf kat semua orang.

3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja. Dimana dan kenapa?
My hubby - Mekah
'Umair - Mekah (tgg akil baligh la)
Mak - Mekah
Mak mertua - Mekah
Pak mertua - Mekah

-wajib menunaikan haji jika mampukan.. (Mak n Pak mertua dah g tp mesti nak g lagi!)

4. 3 sebab anda berblog?
- Mula berblog untuk meluahkan perasaan masa tension dulu-dulu buat research..huhu
- Berkongsi bercerita
- Berkongsi ilmu/maklumat (tak seberapa yang aku kongsikan..huhu)

5. 2 cara untuk mengubah dunia?
Kerjasama?
Tolak ansur? (eh..ntah)

6. Siapakah sahabat pertama kamu?
kurang pasti

7. Apakah mimpi kau yang paling teruk?
mimpi buruk tak boleh cerita..mimpi teruk boleh ke cerita?tak ingat pun nak cerita..

8. Kau bagaimana orangnya?
Suka plan macam-macam..tapi nak mulakan macam payah..wahaha

9. Terangkan kau punya cara?
Rahsia..eh

10. Kau seorang pembuli?
Buli adik-adik je..tapi tak selalu menang.

11. Sila tag 4 orang untuk membuat tag ini.
Kalo korang nak buat..buat le..tak mahu tidak mengapa..aku tidak berkecil hati..haha..tapi apa salahnya buat..ngeh..ngeh..
1. Alizam
2. Kak Siti Salmah
3. Ijan
4. Shap

Hah..selesai satu..

Tag 2: "Things I Can't Stand"

The rules : List at least 5 things "Things I Can't Stand" & tag your friends...

1. Orang yang mengada-ngada..manja takpe..mengada tu buat orang meluat je..huh

2. Rumah bersepah, berdebu, berlengas (melekit). Tu pasal selalu sakit kepala je bila dok rumah. Rimas mata.. Otak, hati nak mengemas..tapi badan kata tak larat..huwaa.. Tunggu weekend je.

3. Orang yang suka mengarah tak kena tempat.

4. Buletin utama TV3 kalau memberitakan bab politik..baik tengok TV1..huh

5. Pompuan seksi yang menyeksi bukan kepada yang layak melihat.. rasa nak tempeleng je..

Nak tag: (Sukati..)
1. Dr. Saidah
2. Ijan
3. Alizam
4. Yusrina

Okeh settle..best x jawapan saya kak Yu?? ngeh..ngeh..

Friday, January 9, 2009

Minta pandangan/pendapat

Assalamu'alaikum

Pagi tadi sambil menggosok baju sempat la sembang-sembang dengan suami. Aku ada la cakap rasa nak berhenti kerja je lepas bersalin nanti. Tak sampai hati nak bagi orang jagakan anak yang baru 2 bulan. Seperti yang diduga memang suamiku menyokong. Memang ikutkan hatinya dan hatiku jugak..nak jaga anak sendiri (walau tak la sebagus mana jagaannya..huhu). At least puas hati, tak payah nak risau-risau sebab ambil lambat ke..anak-anak pun insyaAllah takde la merajuk sebab asyik ditinggalkan..dan takde la meraung bila hari Isnin sebab weekend dah seronok dengan ummi dan abi, kena juga ditinggalkan bila masuk weekdays..

Suami pun kata tak dapat bayangkan anak baru 2 bulan dah nak bagi orang jaga. 'Umair dulu pun 10 bulan baru aku hantar ke rumah pengasuh. Masa tu pun dia dah tak menyusu badan. Sebelum tu 4-5 jam je la minta orang tolong jagakan sekali sekala bila menghadiri interview kerja.

Masalah sekarang ialah duit..huwa..huwaa..kalau berhenti kerja, maka kurang lah income. Makan, pakai insyaAllah cukup dengan gaji suamiku seorang. Tapi kalau aku berhenti kerja, nampak gaya stop dululah bayar hutang PTPTN. Tapi aku tak berniat nak jadi suri rumah selamanya. Sambil-sambil tu tetap cuba nak masuk gomen. Kalau ada rezeki dapat masuk gomen, insyaAllah next baby boleh mintak cuti tanpa gaji 2-3 bulan. At least besar sikit anak sebelum bagi orang jagakan.

Macammana nak generate income dari rumah ye? Nak berbisnes makanan ni memang aku x sempat nak memasak. Masak untuk lunch/dinner pun belum tentu sempat. Ni pulak nak berjualan. Lagi-lagi nanti bila dah anak dua. 'Umair pulak belum reti nak duduk diam. Nak join aje segala benda yang aku buat.

Kalau kawan-kawan ada cadangan/pendapat sila la maklumkan ye. Dilemma ni nak berhenti ke tidak..huhu. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.. ameen...

Wallahu'alam